My Add

Wednesday 25 April 2012

Tambatan 3 terminal feri Butterworth ditutup 3 hari

GEORGE TOWN, RABU, 25 April, 2012: Tambatan feri nombor 3 di Terminal Feri Sultan Abdul Halim di Butterworth akan ditutup selama tiga hari mulai jam 8.30 malam esok. 

Ketua Perhubungan Awam Penang Port Sdn Bhd (PPSB), Suhailawatie Ramli, berkata penutupan itu untuk membolehkan kerja penukaran sistem modul hidraulik di bilik pam di tambatan berkenaan.

Tambatan itu dijangka beroperasi semula pada jam 4 pagi pada 30 April selepas kerja-kerja penukaran itu selesai.

"Untuk mengelakkan kesesakan pada hari Jumaat dan hujung minggu, pengguna feri disarankan merancang perjalanan dan menggunakan Jambatan Pulau Pinang sebagai laluan alternatif," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment