My Add

Sunday 15 April 2012

Tawaran perjanjian beli rumah PPR-MTEN, PA-DBKL

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 April, 2012: Kira-kira 7,000 penyewa perumahan awam sekitar ibu negara akan menerima surat tawaran pembelian rumah di bawah skim pembiayaan khas Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL) mulai esok. 

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata surat tawaran berkenaan akan dihantar oleh Jabatan Perumahan DBKL dari rumah ke rumah.

Beliau berkata, mereka yang menerima surat tawaran tersebut diberi masa sebulan untuk memberi maklum balas sama ada setuju untuk menerima tawaran pembelian rumah berkenaan atau tidak, manakala urusan pembelian rumah akan mengambil masa antara tiga hingga enam bulan.

"Kita tidak akan paksa mereka yang menerima surat tawaran untuk terima, kalau ada skim yang lebih murah mereka boleh pergi...kita hanya bagi mereka alternatif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah pelajar cemerlang Wilayah Persekutuan 2011 di sini, hari ini. 

Skim pembiayaan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 28 Januari lalu bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang kini menyewa rumah PPR dan PA DBKL untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli unit yang didiami. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment