My Add

Saturday 14 April 2012

Tee Hooi Ling buat laporan SKMM berhubung imej lucah

CYBERJAYA, JUMAAT, 13 April, 2012: Ketua Beliawanis Wanita MCA, Tee Hooi Ling, hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyiasat sebuah blog yang didakwa mengaitkan dirinya dengan imej lucah. 

Tee dengan ditemani Setiausaha Wanita MCA, Senator Chew Lee Giok, membuat laporan itu di ibu pejabat SKMM, di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Tee berkata beliau berharap SKMM segera melakukan siasatan dan memastikan gambar dan kandungan artikel tersebut dihapuskan daripada blog tersebut.

Katanya, penyiaran artikel dan imej lucah sudah menjatuhkan maruah beliau dan mendakwa ia dilakukan untuk kepentingan politik pihak tidak bertanggungjawab, sekali gus menjejaskan imej dan nama baik pemimpin Barisan Nasional (BN). 

"Sebelum ini pun perkara yang sama pernah dialami oleh ahli-ahli Beliawanis yang lain termasuk beberapa pemimpin BN. Tindakan segera patut diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab," katanya. 

Tee membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung isu tersebut pada 10 April lalu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment