My Add

Tuesday 17 April 2012

Tegas tangani penerbitan tanpa permit

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 April, 2012: Persatuan Penerbit Majalah (MPA) Selangor dan Wilayah Persekutuan meminta Bahagian Penerbitan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas bagi memerangi pengedaran dan penerbitan bahan-bahan berkala (majalah) tanpa permit.

Pengerusinya, Swaminathan MV berkata, pihaknya memandang serius perkembangan sejak akhir- akhir ini di mana terdapat beberapa penerbit tempatan dengan sengaja menerbitkan majalah walaupun tanpa kelulusan KDN.

''Tindakan tersebut jelas melanggar Akta Penerbitan dan Media Cetak yang mewajibkan kelulusan permit ke atas mana-mana penerbitan berkala.

''Tanpa permit, sesuatu penerbitan berkala (majalah) tidak boleh diterbit, dicetak dan diedarkan dan sekiranya melanggar pertauran tersebut boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment