My Add

Tuesday 17 April 2012

Tempoh rayuan BR1M dilanjutkan sehingga 30 April

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 April, 2012: Tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih dibuka sehingga 30 April. 

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, seramai 331,615 pemohon membuat rayuan sehingga 15 April lalu dan daripada jumlah itu, sebanyak 281,443 rayuan diluluskan.

Kerajaan meluluskan bantuan kepada 4,206,572 penerima sehingga 15 April.
Sebarang semakan status permohonan boleh dibuat menerusi talian 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja. 

Program BR1M yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Oktober lalu, memberikan bantuan kewangan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah. 

Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju menetapkan tarikh sah laku baucar BR1M sehingga 15 Mei depan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment