My Add

Tuesday 24 April 2012

TIBAI mampu jatuhkan Anwar

Oleh ABD. HALIM HADI dan MOHD. ASRON MUSTAFFA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 April, 2012: Pendedahan berterusan oleh Ahli-Ahli Majlis Syura Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mampu menjatuhkan Ketua Pembangkang itu daripada menjadi pemimpin utama negara ini.

Justeru, ceramah seperti yang dilakukan pada malam pelancaran TIBAI di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi wajar diperluaskan ke seluruh negara untuk merealisasikan matlamat penubuhan kelab oleh bekas-bekas pemimpin dan pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Seorang pengunjung yang menghadiri pelancaran kelab TIBAI, Arman Putera Asmuni, 39, berkata, majlis ceramah seumpama itu merupakan peluang terbaik untuk memberi peluang orang ramai mendengar dan menilai pendedahan dilakukan oleh individu yang pernah berjuang bersama Penasihat PKR itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment