My Add

Saturday 21 April 2012

Tidak perlu tergesa-gesa buat keputusan mansuh PTPTN

BEKAS Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (tengah) melihat Burung Cenderawasih iaitu haiwan terancam di Malaysia yang diawet untuk pameran ketika melawat gerai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sempena Mini Karnival Rakyat 1 Malaysia anjuran Kementerian Dalam Negeri dan Persatuan Amal dan Kebajikan Kepala Batas (BAKEB) di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi Kepala Batas, hari ini. - Foto Danial Saad

KEPALA BATAS: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, pihak yang mahu memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membuat keputusan itu secara tergesa-gesa.

Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, berkata pemansuhan PTPTN perlu dibincang dan diperhalusi terlebih dahulu sebelum dilaksanakan kerana melibatkan banyak pihak.

"Jika perlu diubah atau sebagainya, mereka (pembangkang) haruslah menyerahkan cadangan berkenaan kepada pihak berkaitan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Karnival Rakyat 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan hasrat untuk memansuhkan pinjaman PTPTN serta-merta jika pembangkang diberi mandat sebagai kerajaan pusat selepas pilihan raya umum ke-13. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment