My Add

Tuesday 17 April 2012

Tiga suspek terlibat tipu emas palsu ditahan

IPOH, SELASA, 17 April, 2012: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan melibatkan barangan emas tiruan di daerah ini dengan tertangkapnya tiga suspek dalam serbuan berasingan sejak 2 hingga 8 April lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kesemua suspek berusia antara 55 hingga 70 tahun ditahan hasil laporan seorang mangsa yang juga pemilik kedai emas dekat sini pada 2 April lalu.

Katanya, pemilik kedai emas itu mendakwa dia didatangi salah seorang suspek yang menawarkan surat gadaian emas menerusi Skim Ar-Rahnu di salah sebuah bank tempatan.

“Pengadu bersama suspek kemudian pergi ke bank berkenaan untuk menebus barang kemas berupa tujuh biji loket emas bernilai RM32,394.24.

“Selepas barangan itu diserahkan kepada pengadu dan pemeriksaan dibuat dengan cara memotong salah satu daripada loket, pengadu menyedari bahawa ia merupakan emas tiruan,” katanya pada sidang akhbar hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment