My Add

Tuesday 24 April 2012

TPM lancar skim pembiayaan PKS berjumlah RM2 bilion

Oleh AZRAN FITRI RAHIM dan MOHD ZUHARMAN MOHAMMAD NOR

BACHOK, SELASA, 24 April, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Skim Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Patuh Syariah berjumlah RM2 bilion untuk membantu usahawan dan peniaga kecil di seluruh negara.

Skim tersebut dilancarkan pada majlis Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana - Jom Niaga di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Perdana di sini hari ini.

Muhyiddin ketika berucap pada majlis pelancaran tersebut turut mengumumkan bahawa skim itu akan dikendalikan oleh 13 institusi perbankan Islam yang mengambil bahagian.

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan juga akan membiayai dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan oleh bank yang dikenakan kepada PKS.

"Dana berjumlah RM2 bilion ini ditawarkan bermula hari ini dalam bentuk rebat dua peratus, bagi permohonan pembiayaan berjumlah sehingga RM5 juta yang diluluskan sehingga tahun 2013.

"Rebat ini khas untuk membantu PKS yang menjalankan aktiviti perniagaan dalam semua bidang yang patuh syariah kecuali perkhidmatan kewangan.

"Saya amat yakin dan percaya ramai pengusaha PKS yang layak memohon akan mendapat manfaat daripada kos pinjaman yang lebih rendah daripada institusi perbankan Islam yang mengambil bahagian melalui rebat yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment