My Add

Wednesday 18 April 2012

TPM rasmi My Karnival 26 April

PULAU PINANG, SELASA, 17 April, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual merasmikan My Karnival NGO 1Malaysia di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh pada 26 April ini.

Yang Dipertua Persatuan Kemajuan Insan Malaysia (Kesan), Omar Idris berkata, karnival tersebut akan berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam dengan pelbagai aktiviti menarik.

Katanya, lebih 4,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyatakan minat untuk menyertainya sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan negara yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Antara program yang dijangka paling menarik ialah penyertaan terbesar peserta pertandingan melukis iaitu seramai 2,000 murid yang bakal diiktiraf dalam Malaysia Book of Records," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment