My Add

Tuesday 24 April 2012

Tunku Monsor Tunku Kassim bukan Tunku Laksamana Kedah

ALOR SETAR, SELASA, 24 April, 2012: Tunku Monsor Tunku Kassim tidak menyandang jawatan Tunku Laksamana Kedah seperti yang terkandung dalam berita "Tunku Laksamana Kedah Buat Laporan Polis Mengenai Pindaan Enakmen" yang disiarkan BERNAMA Ahad lalu. 

Menurut kenyataan Pejabat Sultan Kedah hari ini, kekeliruan berlaku mungkin disebabkan ayahanda Tunku Monsor iaitu Tunku Kassim menyandang jawatan Tunku Laksamana Kedah sebelum mangkat.

Jawatan itu tidak diwarisi dan jawatan Tunku Laksamana Kedah yang sekarang disandang oleh salah seorang Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah, yang juga adinda Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, pihak BERNAMA memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment