My Add

Tuesday 24 April 2012

UMNO perlu elak budaya 'cah keting'

PASIR MAS, ISNIN, 23 April, 2012: UMNO mampu menamatkan era pemerintahan Pas sejak 20 tahun lalu di Kelantan jika mampu mengelakkan budaya 'cah keting' pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Veteran UMNO, Tan Sri Hussin Ahmad berkata, kegagalan UMNO untuk merampas kembali Kelantan selama ini bukan disebabkan parti berkenaan tidak kuat, namun disebabkan penularan budaya cah keting di kalangan pemimpin dan ahlinya.

Pas ujarnya, tidaklah sehebat mana tetapi disebabkan tindakan sabotaj sebilangan pemimpin dan ahli UMNO sendiri setiap kali pilihan raya menjadi punca UMNO gagal menawan Kelantan.

"Tindakan pemimpin dan ahli UMNO yang terus mengamalkan budaya tersebut pada setiap kali pilihan raya umum bukan sahaja merugikan, malah turut boleh mengancam perjuangan parti yang semakin berdepan dengan cabaran sukar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment