My Add

Tuesday 24 April 2012

UMNO Sabah serah senarai calon PRU13 kepada PM

KOTA KINABALU, SELASA, 24 April, 2012: UMNO Sabah menyerahkan senarai calonnya bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak. 

Menyatakan demikian, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, keputusan muktamad dalam menentukan calon yang berpotensi di setiap kawasan terletak pada Najib.

"Senarai calon sudah submitted...(soal calon) itu terpulang kepada budi bicara perdana menteri (Najib) yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN)," kata Musa kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Keutuhan Tadbir Urus kerajaan negeri Sabah di Wisma Innoprise, dekat sini hari ini.

Musa yang juga Ketua Menteri Sabah ditanya mengenai senarai calon parti itu susulan kenyataan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini bahawa parti komponen BN diberi masa dua minggu untuk menyerahkan senarai terbabit selepas menerima surat arahan yang mula dihantar 15 April. 

Terdahulu, Musa berkata, mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus menggariskan beberapa isu yang perlu diberi perhatian termasuk pendekatan pengukuhan integriti Tahun 2012, indeks persepsi rasuah (CPI) dan usaha-usaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment