My Add

Friday 20 April 2012

UPM, Care anjur Hari Gaya Hidup Sihat di UPM esok

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 April, 2012: Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (Care) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia akan mengadakan Hari Gaya Hidup Sihat 2012 di kampus UPM di Serdang esok.

Menurut kenyataan Care di sini hari ini, acara sehari suntuk dari pukul 7:30 pagi hingga 10 malam itu akan diserikan dengan Majlis Makan Malam Amal dan pelancaran buku mengenai kanser di Dewan Bankuet Putra.

Pada sebelah siang, selain acara senaman Qi Gong dan program kesedaran, saringan kesihatan percuma akan diadakan termasuk pemeriksaan indeks jisim badan (BMI), tekanan darah, pemeriksaan payudara, penilaian gula dalam darah, ujian ketumpatan tulang dan ujian darah bagi saringan kanser.

Semua program sesi siang akan diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Bagi maklumat lanjut mengenai Hari Gaya Hidup Sihat yang bertemakan “Perangi Kanser” itu, pengunjung boleh lawati laman web www.care.upm.edu.my atau www.care-upm.blogspot.com atau di Facebook care.upm.edu. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment