My Add

Monday 23 April 2012

Usah berpuas hati dengan penemuan baru dalam sistem pendidikan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 April, 2012: Rakyat Malaysia tidak seharusnya berpuas hati dengan pencapaian dalam sistem pendidikan negara, walaupun kajian terbaru menunjukkan semakin ramai percaya bahawa sistem pendidikan sekarang adalah setanding dengan yang terdapat di negara lain. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebaliknya, semua pihak, terutama Kementerian Pelajaran, perlu menerima hakikat bahawa cabaran yang mendepani negara ketika ini menuntut agar keutamaan dalam sistem 

pendidikan dinilai dan disusun semula supaya sejajar dengan matlamat nasional.
"Penemuan yang berasaskan satu kaji selidik pendapat itu tidak sepatutnya menjadikan kita diulit perasaan berpuas hati.

"Dalam usaha kita untuk beralih daripada ekonomi pendapatan pertengahan yang dipacu inovasi, kita perlu menyelami jauh ke dalam jalinan sistem pendidikan kita dan bertanya sama ada penambahbaikan segera perlu dilakukan bagi menghadapi cabaran yang mendesak," katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia Ke-16 di sini hari ini. 

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian bagi merujuk kepada kaji selidik oleh Introspek Asia baru-baru ini yang menunjukkan bahawa 55 peratus daripada orang dewasa Malaysia percaya sistem pendidikan nasional adalah setanding dengan yang tedapat di negara lain, manakala 35 peratus berkata, ia "lebih baik daripada yang terdapat di negara maju." - BERNAMA

No comments:

Post a Comment