My Add

Wednesday 25 April 2012

Wakil Perdagangan AS kunjungi Najib


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ron Kirk (kiri) ketika menerima kunjungan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. Turut sama Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Datuk Paul W Jones (dua dari kiri) dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (kanan). - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, SELASA, 24 April, 2012: Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Ron Kirk hari ini mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat beliau di sini.

Kirk berkata, dalam kunjungan itu, beliau berpeluang berbicara tentang perkara kepentingan bersama antara Najib dan Presiden AS, Barack Obama.

“Memang menjadi hasrat kami untuk meningkatkan hubungan perdagangan dua hala dan di seluruh rantau ini melalui rundingan mengenai gandingan merentasi Pasifik," katanya kepada pemberita.

Kirk berkata, Najib membuat keputusan berani dengan menjadikan gandingan merentasi Pasifik sebagai sebahagian daripada transformasi ekonomi lebih meluas untuk meningkatkan pendapatan peribadi Malaysia sebanyak sekali ganda menjelang 2020.

Duta Besar AS ke Malaysia, Paul W. Jones hadir pada pertemuan itu.

“Kami menyatakan bagaimana kami boleh memanfaatkan kepimpinan Malaysia, bukan saja dalam hubungan dua hala kami, tetapi juga dalam matlamat kami untuk cuba menyempurnakan gandingan merentasi Pasifik," katanya.

Kirk berkata, beliau berpendapat Obama dan Najib mempunyai hubungan peribadi yang rapat kerana mereka pernah bertemu dan bekerjasama dengan baik.

Kirk memulakan lawatan kerja dua harinya ke Malaysia bermula semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment