My Add

Sunday 15 April 2012

Warga India ditahan, 3kg ketamin dirampas di Kota Bharu

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

KOTA BHARU, AHAD, 15 April, 2012: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Kelantan menahan seorang lelaki warganegara India dan merampas tiga kilogram dadah jenis ketamin dianggarkan bernilai kira-kira RM120,000.

Timbalan Pengarahnya, Zakaria Yusoff berkata, rampasan tersebut dibuat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada 8 April lalu.

Beliau berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi sebaik sahaja tiba dari Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat penerbangan Malaysia MH 1388.

Katanya, lelaki terbabit dikatakan dari Mumbai, India sebelum transit di Kuala Lumpur.

Jelas Zakaria, pemeriksaan yang dilakukan ke atas lelaki terbabit telah menemui satu bungkusan kertas berwarna hitam dilindungi dua keping karbon dalam ruangan khas bagasi miliknya.

"Hasil pemeriksaan lanjut, bungkusan kertas itu berisi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin bernilai RM120,000," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM negeri di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment