My Add

Monday 16 April 2012

Yang di-Pertuan Agong rasmi Pameran Raja Kita


YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kanan) melihat 'Mohor Besar Raja-Raja Melayu' yang dipamerkan pada Pameran Raja Kita di Istana Negara lama di Kuala Lumpur, hari ini. Turut mengiringi baginda, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 April, 2012: Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan merasmikan Pameran Raja Kita yang pertama kali diadakan di Istana Negara lama sempena pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV.

Ketika merasmikan pameran itu, Seri Paduka bertitah, istana lama itu menyimpan banyak peristiwa bersejarah mengenai Yang di-Pertuan Agong.

"Beta amat gembira dan bangga kerana pameran ini diadakan di istana lama dan beta berharap seluruh rakyat beroleh manfaat daripada pameran ini," titah Seri Paduka.

Titah Tuanku Abdul Halim, pameran tersebut turut mengembalikan pelbagai kenangan dalam diri Seri Paduka.

"Dengan beta berada di sini hari ini, ia menyingkap pelbagai kenangan dan nostalgia dalam diri beta," titah Seri Paduka.

No comments:

Post a Comment