My Add

Wednesday 18 April 2012

Yayasan IJN belanja lebih RM2 juta setahun bantu pesakit

KUALA LUMPUR, RABU, 18 April, 2012: Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) membelanjakan lebih RM2 juta setahun untuk membantu pesakit kurang berkemampuan dari seluruh negara. 

Yayasan itu berkata, melalui Program Bantuan Pesakit, dananya digunakan untuk membiayai pembedahan jantung, membeli peranti dan membiayai penjagaan selepas pembedahan, termasuk rawatan angiogram dan angioplasti.

"Setiap tahun, pelbagai kes membabitkan orang dewasa dan kanak-kanak mendapatkan rawatan perubatan berhubung penyakit jantung dilaporkan.

"Mereka yang didapati mengalami masalah jantung memerlukan rawatan segera dan oleh itu, yayasan ini perlu giat menjalankan kegiatan memungut dana," menurut yayasan itu dalam kenyataannya hari ini. 

Aktiviti memungut dana yayasan itu diterajui Datin Julini Mohd Ali. 

Baru-baru ini, pertubuhan bukan mencari keuntungan itu menerima ikrar sumbangan RM10,000 daripada sebuah restoran makanan Thai. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment