My Add

Friday 18 May 2012

10 NGO kecam MB Selangor

Oleh ABDUL YAZID ALIAS 
SHAH ALAM, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengecam tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang cuba menafikan hak rakyat di Selangor daripada menikmati bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu.

Wakil NGO berkenaan, Saarah Ali Bashah berkata, tindakan Abdul Khalid yang enggan melunaskan tunggakan air percuma kepada rakyat yang tidak menikmati kemudahan itu sejak ia dimulakan empat tahun lalu, menunjukkan sikap sebenar kerajaan negeri yang tidak bertanggungjawab.

''Kita kesal dengan sikap dan pendirian Menteri Besar. Kalau sebelum ini kerajaan negeri mengatakan pentadbiran mereka adil dan berkebajikan, kenapa dalam soal itu mereka mengetepikan perkara tersebut.

''Perlu diingat bahawa majoriti yang tidak menikmati bekalan air percuma itu terdiri daripada rakyat yang tinggal di kediaman pangsapuri dan flat yang sebilangan besarnya adalah berpendapatan rendah," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment