My Add

Saturday 5 May 2012

10,000 bakal hadir 'Istighasah Al-Kubra'

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Kira-kira 10,000 umat Islam dijangka menghadiri majlis 'Istighasah Al-Kubra' yang akan berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan dekat sini pada 19 Mei ini.

Istighasah Al-Kubra yang bererti berzikir atau berwirid untuk memohon petunjuk dan keredaan Allah secara beramai-ramai merupakan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Program berbentuk kerohanian itu adalah yang pertama seumpamanya diadakan di negara ini.

Naib Yang Dipertua Yadim, Datuk Shamsul Najmi Shamsudin berkata, majlis yang diadakan di kawasan terbuka iaitu dataran masjid tersebut bakal menghimpunkan umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat seluruh negara.

"Istighasah terbuka kepada semua umat Islam termasuk kepimpinan negara, parti politik dan lapisan masyarakat kerana tujuan utama majlis zikir ini diadakan bagi menyatukan umat Islam daripada pelbagai fahaman dan aliran," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment