My Add

Saturday 12 May 2012

120,000 sambut ulang tahun UMNO

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 11 Mei, 2012: - Kira-kira 120,000 ahli UMNO dan orang ramai membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil serta perkarangannya di sini malam ini bagi menyambut Ulang Tahun UMNO Ke-66.

Seawal pukul 3 petang lagi, lautan baju merah sudah memenuhi perkarangan stadium.

Rata-rata mereka yang tiba turut mengunjungi ratusan tapak karnival meliputi pameran kerjaya, kesenian, sukan ekstrem dan informasi yang disediakan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati golongan muda yang merupakan penyumbang peratusan terbesar daripada semua peserta itu dilihat memanfaatkan aktiviti-aktiviti karnival berkenaan dengan menyertai temuduga kerja, mencuba permainan lonjakan bungee dan menyaksikan ruangan-ruangan pameran.

Hujan lebat pada awal petang juga tidak menghalang para hadirin meramaikan ekspo pameran cabang-cabang parti Melayu terbesar itu termasuk Wanita, Puteri dan Pemuda serta agensi-agensi kerajaan seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Felda. 

No comments:

Post a Comment