My Add

Thursday 10 May 2012

129 kilang gagal dibina - Noh Omar

Oleh THOMAS CHONG
PUTRAJAYA, RABU, 09 Mei, 2012: Krisis kekurangan air mula membelenggu kerajaan negeri Selangor apabila sebanyak 129 kilang baru melibatkan pelaburan bernilai RM3.8 bilion tidak dapat dibina mengikut jadual kerana masalah bekalan air.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Seri Noh Omar berkata, kilang-kilang tersebut yang dijangka mampu mewujudkan lebih 12,000 peluang pekerjaan, terpaksa ditangguh pembinaannya kerana Selangor tidak cukup air.

Beliau berkata, simpanan air di negeri itu kini hanya tinggal 2.4 peratus berbanding kadar yang sepatutnya iaitu sebanyak 20 peratus.

"Rakyat Selangor yang rugi apabila kerajaan negeri tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk membina Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2.

"Kerajaan negeri kata Selangor hanya akan berdepan krisis air pada 2019, tetapi hakikatnya sebanyak 129 buah kilang tidak boleh dibina pada hari ini berikutan masalah kekurangan air," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment