Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
KUALA LUMPUR, RABU, 23 Mei, 2012: Polis menahan 15 lelaki warga Nigeria kerana terlibat dalam satu sindiket penipuan dengan memperdaya seorang jutawan wanita warga emas menerusi laman siber.
Kesemua mereka berusia antara 25 hingga 30 tahun ditahan di sekitar ibu negara, Subang dan Kota Damansara selepas polis menerima laporan daripada anak mangsa yang tidak sanggup melihat ibunya terus dipermainkan sindiket itu.
Sindiket tersebut menyamar dengan meletakkan gambar seorang lelaki berpakaian seragam berpangkat jeneral dalam pasukan tentera Amerika Syarikat untuk memikat wanita berusia 63 tahun tersebut dan kumpulan itu beroperasi di negara ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, mangsa sanggup menggadaikan banglo mewah miliknya bernilai RM3.5 juta dan menyerahkan wang tunai kesemuanya berjumlah RM5 juta untuk tujuan pelaburan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment