My Add

Thursday 17 May 2012

16 pelajar Sabah terima tawaran biasiswa YPPM

KOTA KINABALU, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Sekumpulan 16 pelajar Sabah yang berpotensi termasuk dari kawasan luar bandar hari ini menerima surat tawaran biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPM) yang baru ditubuhkan pada November tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turun padang bersama-sama YPPB ke Sabah dalam siri 'Jelajah Aspirasi 2012' menyerahkan surat tawaran itu kepada para pelajar berkenaan di sini. 

Mereka merupakan kumpulan ketiga daripada 225 pelajar dari seluruh negara yang terpilih untuk diserapkan ke dalam program Peneraju Tunas Potensi YPPB seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. 

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan itu, Nor Mohamed berkata, jumlah biasiswa yang ditawarkan itu tertakluk kepada jenis kursus yang diambil iaitu antara RM100,000 dan RM300,000 untuk sepanjang tempoh pengajian.

Katanya kerajaan mewujudkan Program Peneraju Tunas Potensi bagi memberi peluang kepada pelajar Bumiputera yang tinggal dalam persekitaran sukar dan mencabar untuk digilap potensi mereka supaya menjadi pelajar lebih cemerlang. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment