IPOH, SABTU, 19 Mei, 2012: Kira-kira 200 ahli Parti Progresif Rakyat (PPP) Perak berkumpul di hadapan pejabat Majlis Peguam di sini, sebagai membantah tindak-tanduk pertubuhan itu yang kini dilihat sudah menyeleweng dan berbaur politik.
Naib Pengerusi PPP negeri, Datuk Naran Singh berkata, resolusi yang diluluskan oleh pertubuhan itu yang mengecam tindakan polis ke atas peserta demonstrasi Bersih 3.0 juga merupakan satu tindakan tidak menghormati pihak berkuasa dalam menjaga keselamatan negara.
"Majlis Peguam jangan jaga tepi kain orang. Jangan lupa dengan tanggungjawab pihak polis dalam menjaga keamanan kerana tanpa mereka, kesejahteraan negara boleh tergugat.
"Tujuan kami berhimpun ini adalah atas dua tujuan iaitu menyatakan sokongan penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mengingatkan Majlis Peguam supaya jangan cuba untuk main politik," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment