My Add

Friday 11 May 2012

24 lagi tapak diiktiraf Warisan Kebangsaan 2012

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Sebanyak 24 tapak warisan yang terdiri daripada monumen, bangunan, arkeologi serta warisan alam semula jadi diumumkan sebagai Warisan Kebangsaan 2012 hari ini.

Antara tapak warisan diiktiraf statusnya kali ini adalah Taman Tasik Perdana, bangunan bekas Jabatan Penerangan, Bukit Bunuh di Lenggong, Perak dan Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan.

Selain itu, sebanyak 130 objek warisan seperti seperti artifak, kerja seni halus, manuskrip, permainan tradisi dan alat mempertahankan diri, warisan bahasa dan persuratan, seni persembahan, makanan serta Tokoh Orang Hidup turut diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan.

Antara tokoh Orang Hidup yang terpilih pada kali ini ialah Mek Jah Deris bagi warisan Mak Yong, Eyo Hock Seng (Wayang Kulit), Nyonya Tan Abdullah (Dondang Sayang) dan Jati anak Ju bagi warisan Pua Kumbu....

No comments:

Post a Comment