My Add

Tuesday 8 May 2012

2.5 juta rakyat berusia lebih 25 tahun belum berkahwin

Daripada jumlah itu 60.4 peratus lelaki.

KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Mei, 2012: Sekitar 2.5 juta rakyat berusia lebih 25 tahun yang mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini masih belum atau tidak berkahwin. 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie, berkata berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 

“Bancian itu juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28 tahun berbanding 28.6 pada 2000 manakala bagi wanita pula meningkat kepada 25.7 berbanding 25.1 tahun,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong.

Heng berkata, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara mendapati 32.1 peratus daripada responden tidak pernah berkahwin. 

Beliau berkata, daripada jumlah itu 55.6 peratus adalah lelaki. 

"Sebanyak 44.7 peratus daripada responden lelaki tidak berkahwin kerana masalah kewangan, tiada calon sesuai (19.3 peratus), kerjaya (12.8 peratus), komitmen keluarga (6.3 peratus) dan selebihnya sebab lain. 

"Manakala 40 peratus wanita tidak berkahwin kerana tiada calon sesuai, masalah kewangan (14 peratus), kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus), komitmen keluarga (7.4 peratus) dan selebihnya sebab lain," katanya.

Heng berkata, kementerian tidak bercadang mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh atau perkhidmatan temu jodoh secara dalam talian kerana perkhidmatan itu disediakan pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan, badan agama dan beberapa parti politik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment