My Add

Monday 21 May 2012

30 meringkuk di penjara Indonesia

Noor Rashid
Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR, AHAD, 20 Mei, 2012: Terdapat kira-kira 30 rakyat Malaysia yang kini meringkuk di dalam penjara di Indonesia atas kesalahan menyeludup dadah ke negara berkenaan.

Negara jiran itu menjadi tumpuan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa terutama Malaysia kerana ia mempunyai pasaran luas memandangkan jumlah penduduknya yang ramai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, keadaan itu turut menyebabkan harga dadah di Indonesia melambung tinggi berbanding negara-negara lain, sekali gus memberi keuntungan lumayan kepada sindiket.

Sebagai contoh, ujar beliau, dadah jenis syabu yang dijual pada harga pasaran RM250,000 sekilogram di Malaysia akan mencecah harga RM800,000 sekilogram di Indonesia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment