My Add

Saturday 26 May 2012

4,000 pekerjaan ditawarkan sempena Himpunan Jutaan Belia

PUTRAJAYA, JUMAAT, 25 Mei, 2012: Sebanyak 4,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada Karnival Kerjaya, anjuran Kementerian Sumber Manusia, sempena Himpunan Jutaan Belia yang berakhir Ahad ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam. 

Beliau berkata, sebanyak 35 majikan swasta mengambil bahagian pada karnival itu yang memberi peluang kepada belia sama ada lepasan ijazah, diploma atau sekolah untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dengan taraf pendidikan masing-masing.
"Mereka boleh menjalani temuduga di sini dengan membawa dokumen-dokumen berkaitan. Malah ada yang terus ditawarkan peluang pekerjaan selepas ditemuduga," katanya selepas merasmikan Pameran Kerjaya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam menasihatkan golongan belia di kalangan bukan graduan supaya tidak selalu bertukar-tukar kerja dalam tempoh yang singkat kerana ia akan melahirkan persepsi buruk majikan terhadap mereka. 

Bagaimanapun, katanya, senario itu jarang berlaku di kalangan graduan kerana mereka amat menghargai pekerjaan yang diperolehi yang bersesuaian dengan taraf pendidikan mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment