My Add

Saturday 5 May 2012

500 rumah rosak dilanda ribut di Terengganu

MARANG, SABTU, 05 Mei, 2012: Lebih 500 rumah di tiga daerah di Terengganu mengalami kerosakan akibat dilanda ribut dan hujan lebat, petang semalam.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu, Zuhami Omar, berkata sekurang-kurangnya lima rumah dilaporkan dihempap pokok dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu di Bukit Payong, di sini.

"Kita sedang mendapatkan maklumat terperinci tentang kerosakan rumah daripada pihak berkenaan di kampung terbabit," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melawat rumah mangsa kejadian di Kampung Undang, di sini, hari ini.

Beliau berkata, di Kampung Undang, sebanyak 104 buah rumah mengalami kerosakan seperti atap dan dinding.

Zuhami berkata, JKM sedang menilai kerosakan rumah berkenaan sebelum menyalurkan bantuan.

Ribut dan hujan lebat kira-kira dua jam itu semalam melanda beberapa daerah termasuk Kuala Terengganu, Marang dan Setiu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment