My Add

Thursday 17 May 2012

7 anak kapal diselamat nelayan

Oleh THOMAS CHONG
PUTRAJAYA, RABU, 16 Mei, 2012: Tujuh anak kapal Wantas 6 yang diculik lanun di Laut China Selatan pada 17 April lalu terpaksa bersesak di dalam sebuah bot kecil selama 10 hari 10 malam selepas dicampakkan ke laut sebelum diselamatkan nelayan Vietnam.

Dalam kejadian itu, seorang anak kapal warga Bangladesh, Md. Elias Uddin terpaksa berenang selama empat jam untuk mendapatkan bantuan daripada sebuah kapal nelayan Vietnam.

Menceritakan pengalaman perit tersebut, Yusseri Yusof, 24, yang berasal dari Tanjung Dawai, Kedah berkata, dia dan enam rakan yang lain turut dipukul dan dikurung lanun selama tiga hari sebelum dicampakkan ke laut.


"Kami terpaksa bersesak di dalam bot kecil dengan hanya duduk bersila selama 10 hari dan langsung tidak boleh berbaring kerana ruang yang amat sempit. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment