My Add

Friday, 18 May 2012

Ahli berhak pertikai Majlis Peguam

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 17 Mei, 2012: Seorang peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz boleh melaksanakan haknya sebagai seorang ahli untuk mempertikaikan resolusi yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam pada 11 Mei lalu.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, saman yang difailkan terhadap Majlis Peguam dan Badan Peguam serta dua individu di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini semalam adalah hak peribadi Mohd. Khairul.

“Beliau berhak mencabar Majlis Peguam sebagai seorang ahli badan berkenaan yang tidak berpuas hati dengan resolusi EGM itu.

“Bagaimanapun, terpulang kepada pihak mahkamah untuk menentukan keputusan kes saman tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam saman yang difailkan semalam, salah satu tuntutan Mohd. Khairul sebagai plaintif adalah memohon pengisytiharan bahawa EGM itu dan usul yang diluluskan dalam mesyuarat bertarikh 11 Mei lalu adalah tidak sah dan terbatal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment