My Add

Saturday 12 May 2012

Air kencing Saiful Apek mengandungi kanabis

PETALING JAYA, JUMAAT, 11 Mei, 2012 Mahkamah Majistret di sini hari ini sekali lagi diberitahu bahawa sampel air kencing pelakon komedi, Saiful Apek disahkan mengandungi kanabis.

Pegawai Sains Jabatan Patologi Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Rozita Abdullah, 41, berkata, ia berdasarkan bacaan ujian yang melebihi takat pengesanan untuk dadah jenis kanabis.

Selain Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusof, 43, tiga lagi rakannya iaitu Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 29, Shaiful Baharom, 25, dan Noremy Mohamad, 29, turut dibicarakan atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment