My Add

Friday 4 May 2012

Ambiga perlu bertanggungjawab - NGO

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Kerajaan tidak boleh membiarkan penganjur perhimpunan haram Bersih 3.0 terlepas begitu sahaja tanpa sebarang hukuman yang setimpal dengan tindakan mereka yang merosakkan imej negara.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga perlu bertanggungjawab dengan keganasan yang berlaku pada perhimpunan itu dan kerajaan juga tidak boleh membiarkan beliau terlepas daripada tindakan undang-undang.

''Saya mahu Ambiga dan pemimpin pembangkang yang terang-terang menyokong perhimpunan itu dihukum kerana sebagai penganjur mereka perlu bertanggungjawab untuk mengawal peserta.

''Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan lagi kerana jika mereka dilepaskan tanpa sebarang tindakan, majoriti rakyat yang cintakan keamanan akan rasa tidak puas hati dengan cara kerajaan menangani isu keganasan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment