My Add

Monday 21 May 2012

Anwar, Azmin diminta hadir ke mahkamah esok

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Mei, 2012: Polis mengeluarkan saman ke atas tiga individu termasuk penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dengan mengkehendaki mereka hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, pada jam 9 pagi esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam satu kenyataan berkata, pihak polis turut menyempurnakan saman ke atas Mohamed Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard yang mengkehendaki mereka hadir ke mahkamah sama, pagi esok.

Kehadiran tiga individu itu ke mahkamah adalah bagi menjawab pertuduhan atas kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 bersamaan Akta 736 iaitu menganjurkan atau menyertai suatu protes jalanan.

Ia juga membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam.

Pada 27 April lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan perintah melarang Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk Ambiga Sreenevasan dan penganjur Perhimpunan BERSIH 3.0 berhimpun di Dataran Merdeka mulai 28 April hingga 1 Mei 2012.

Perintah yang dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf Zuber itu turut melarang orang awam menyertai perhimpunan yang dijadualkan antara jam 2 hingga 4 petang pada 28 April sehingga tempoh ditetapkan itu, mengikut Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah. 

Ia berikutan permohonan Ketua Polis Daerah Dang Wangi itu, Asisten Komisioner Zulkarnain Abd Rahman kepada mahkamah dengan mendapati perlu satu tindakan segera diambil bagi mengelakkan suatu perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia atau rusuhan atau gaduh gempar jika perhimpunan itu diadakan. - BERITA HARIAN OMLINE

No comments:

Post a Comment