My Add

Friday 4 May 2012

‘Anwar bodoh rela jadi kuda tunggangan DAP’

*ABDULLAH Ahmad Badawi (duduk tiga dari kiri) beramah mesra dengan pemimpin PIBG kawasan Parlimen Kepala Batas di Penang Golf Resort, Kepala Batas, semalam.

KEPALA BATAS. KHAMIS, 3 Mei, 2012: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang rela menjadi kuda tunggangan DAP sebagai satu tindakan yang bodoh.

Abdullah berkata, ini kerana kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu amat memalukan diri sendiri.

“Bodohlah... sampai sanggup dia (Anwar) jadi kuda tunggangan DAP... kalau dia mau jadi kuda tunggangan UMNO sekalipun, UMNO pun tak mau kan dia.

“Sepatutnya dia (Anwar) berasa malu dengan sikap yang sanggup menjadi kuda pihak lain," katanya,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan bersama dengan Pemimpin Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Kepala Batas di Penang Golf Resort di sini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar yang beliau rela menjadi kuda tunggangan DAP jika tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Akhbar semalam melaporkan Anwar dalam ceramah perdana sempena Konvensyen Pakatan Pembangkang Perak di Ipoh berkata, beliau lebih mempercayai pemimpin DAP dan mendengar nasihat mereka berbanding mana-mana pemimpin dalam UMNO.

Sementara itu, Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, tindakan pihak terbabit dalam perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu termasuk membawa pemerhati luar untuk memantau keadaan tidak sepatutnya dilakukan.

“Tindakan membawa masuk pemerhati luar tanpa sebab kerana rakyat Malaysia tahu apa yang baik dan sebaliknya untuk negara ini, tidak payah bawa orang luar," ujarnya.

Menurut beliau, perhimpunan yang didakwa aman sebelumnya bertukar menjadi ganas membuktikan penganjur gagal mengawal keadaan sehingga berlakunya rusuhan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment