My Add

Tuesday 22 May 2012

Anwar mengaku tidak bersalah sertai Bersih 3.0

* ANWAR sampai ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi ini bagi mendengar sebutan kes. - Foto Mohd Yusni Ariffi

Oleh SUWARNI MOKHTAR
KUALA LUMPUR, SELASA, 22 Mei, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyertai protes jalanan di antara pukul 2.30 hingga 3 petang pada 28 April lalu di Jalan Tun Perak, di sini.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard yang menghadapi pertuduhan sama di mahkamah itu, turut mengaku tidak bersalah.

Mereka juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim mengingkari perintah mahkamah serta menghasut agar ketiga-tiga individu terbabit untuk membuka sekatan.

Sehubungan dengan itu, mahkamah menetapkan 2 Julai ini untuk sebutan semula kes mereka.

Sebelum itu, dewan mahkamah dipenuhi para penyokong pemimpin parti pembangkang yang hadir untuk mengikuti prosiding tersebut. Turut hadir, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan isteri Azmin, Shamsidar Taharin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment