My Add

Sunday 13 May 2012

Azizan didesak beri penjelasan lengkap

Oleh OPAT RATTANACHOT 
SUNGAI PETANI, SABTU, 12 Mei, 2012: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi penjelasan berhubung krisis kewangan yang dihadapi Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sehingga menjejaskan kakitangan dan penuntutnya sejak empat bulan lalu.

Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Daerah Kuala Muda, Makbul Ilahi Hashim berkata, ini kerana penjelasan Azizan baru-baru ini disifatkan tidak menyeluruh sebaliknya sekadar membuat kenyataan seolah- olah mahu menyalahkan pihak lain.

"Menteri Besar tidak memberi penjelasan sempurna tentang krisis yang dihadapi. Pada masa sama, beliau cuba mengalihkan isu dengan menuduh pihak lain seperti Kementerian Pengajian Tinggi yang meminta yuran pengajian dinaikkan.

"Beliau juga tidak mendedahkan butir-butir kewangan kerana berdasarkan maklumat yang kami terima, Kuin gagal diuruskan dengan baik oleh kerajaan negeri," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment