My Add

Wednesday 9 May 2012

Azmin perlu jelaskan Anwar darah daging beliau sebenar

KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Mei, 20122: Timbalan Presiden Parti Keadilan Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali didesak menjelaskan maksud sebenarnya apabila memberitahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan 'darah daging' beliau yang sebenar.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim berkata, Azmin perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat bagaimana Anwar boleh menjadi darah daging beliau sehingga Ahli Parlimen Gombak itu sanggup membuang keluarga sendiri.

"Azmin juga perlu menjelaskan perkara yang sama kepada isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagaimana Ketua Pembangkang itu boleh menjadi darah daging dan kenapa bukan adik-beradik seperti Ummi Hafilda Ali.

"Parti KITA juga ingin tahu, kalau Azmin sudah mengangkat Anwar sebagai darah daging sehingga sanggup meminggirkan ibunya, apakah syurga juga di bawah tapak kaki Anwar berbanding ibu sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment