My Add

Friday 11 May 2012

Bas persiaran rempuh pokok, pemandu maut

SEREMBAN, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Seorang pemandu bas maut manakala 28 penumpang cedera apabila bas pesiaran yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Gadong Jaya berhampiran LBJ dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu, pemandu berkenaan, K. Gunachandar, 52, mati akibat cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan, manakala semua penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut jurucakap polis, bas berkenaan sedang membawa penumpang dari Tampin menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hilang kawalan sebelum terbabas merempuh sebatang pokok.

“Semua penumpang dalam perjalanan ke KLIA untuk menaiki penerbangan ke Chiangmai, Thailand untuk bercuti.

“Seramai 21 penumpang dibenarkan pulang selepas diperiksa manakala tujuh lagi masih dirawat di wad biasa," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment