My Add

Saturday 26 May 2012

Berhenti tuduh UMNO upah samseng

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 25 Mei, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah diminta berhenti menuduh UMNO sebagai dalang insiden baling batu dan telur semasa ceramah anjuran pembangkang di Pantai Dalam di sini, semalam.

Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berkata, tuduhan Anwar dan Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak munasabah.

Beliau yang mengakui menyaksikan sendiri insiden itu memberitahu, sebarang tuduhan bahawa ia berlaku akibat provokasi UMNO adalah tidak benar.

"Perbuatan melontar objek seperti batu dan telur pada ceramah malam tadi dipercayai dilakukan oleh penduduk di sekitar lokasi ceramah.

"Anwar dan Nurul Izzah sepatutnya sedar insiden berkenaan adalah reaksi spontan orang ramai di kawasan Parlimen Lembah Pantai yang membantah kehadiran mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment