My Add

Saturday 12 May 2012

Beri pengiktirafan kepada ibu: Najib

KUALA LUMPUR, SABTU, 12 Mei, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengajak seluruh masyarakat agar memberi pengiktirafan kepada semua golongan ibu generasi X dan Y yang tekad dan gigih mengimbangi kerjaya dan keluarga.

"Hari Ibu tahun ini memberi fokus kepada peranan ibu-ibu muda terutamanya yang bekerja. Selamat Hari Ibu!" katanya.

Najib yang juga pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata demikian dalam status terbarunya dalam laman sosial Facebook hari ini sempena Hari Ibu esok. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment