My Add

Friday 4 May 2012

Bersih 3.0 cubaan pembangkang gulingkan kerajaan

GUA MUSANG, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perhimpunan haram Bersih 3.0 Sabtu lalu adalah cubaan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Perdana Menteri berkata, negara ini mengamalkan demokrasi dan sewajarnya pihak pembangkang menggunakan saluran pilihan raya untuk meluahkan rasa tidak puas hati.

"Pembangkang menggunakan perhimpunan yang 'tidak bersih' itu untuk menggulingkan kerajaan. Mereka mahu jadikan Dataran Merdeka seperti Dataran Tahrir,'' katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia peringkat Negeri Kelantan di Padang Sivik di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment