My Add

Saturday 5 May 2012

BERSIH 3.0: Pelajar serah diri bantu siasatan


KUALA LUMPUR SABTU, 05 Mei, 2012: Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL) bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan di ibu negara, Sabtu lalu.

Pelajar tahun dua jurusan undang-undang berumur 22 tahun itu, tiba di pekarangan IPPKL bersama anggota keluarga dan beberapa rakannya, kira-kira jam 10 pagi.
Penuntut terbabit kemudian ditahan kira-kira jam 11.30 pagi dan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, polis mengedarkan 91 gambar individu yang boleh membantu siasatan berhubung insiden kekecohan dan keganasan semasa perhimpunan 28 April lalu.

Daripada jumlah itu, 22 orang daripadanya dipercayai pelajar institusi pengajian tinggi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment