My Add

Thursday 3 May 2012

BERSIH: Pasukan khas siasat tohmahan kekerasan polis

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Mei, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan siasatan khas untuk meneliti kesemua tohmahan mengenai kekasaran polis pada perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan dan disokong pembangkang di sini, Sabtu lalu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pasukan khas itu bertanggungjawab mengumpul semua maklumat dan keterangan untuk membantu siasatan berkaitan tohmahan terhadap pihak polis.

"Walaupun pihak media adalah bebas untuk melaporkan perkara berkaitan demonstrasi dan tohmahan terhadap polis, ianya hendaklah dilakukan secara berhemah, adil dan saksama," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Ismail berkata, pihak polis amat menghargai laporan yang berbentuk fakta dan kritikan yang membina. 

Katanya, laporan yang tidak bertanggungjawab hanya boleh mebangkitkan sentimen negatif di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment