My Add

Saturday 5 May 2012

Berundur jika benar terlibat aksi lucah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 04 Mei, 2012: Jika penyebaran gambar aksi lucah seorang lelaki yang dikatakan mirip Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali itu terbukti benar, individu terbabit seharusnya meletakkan jawatan dan berundur daripada arena politik.

Pemerhati politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, seseorang pemimpin yang terpalit dengan isu salah laku atau moral seharusnya melepaskan jawatan mereka dan berundur daripada arena politik.

"Tindakan itu dituntut memandangkan mereka merupakan seorang pemimpin, dan sebagai pemimpin mereka seharusnya bersih daripada perlakuan seumpama itu.

"Apatah lagi jika individu yang terbabit merupakan seorang Melayu dan beragama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas penyebaran gambar aksi lucah seorang lelaki mirip Azmin Ali dan kemungkinan empat lagi video aksi panas mirip pemimpin pembangkang yang bakal didedahkan seperti dilaporkan di beberapa laman blog, baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment