My Add

Saturday 12 May 2012

Biar rakyat nilai sendiri sikap Ambiga

PUTRAJAYA, JUMAAT, 11 Mei, 2012: Rakyat akan menilai sikap sebenar pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak pernah mahu memikirkan ruang privasi orang lain.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, dalam hal ini rakyat perlu membuka mata seluas-luasnya terhadap individu yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian kepada para peniaga pada 28 April lalu.

Katanya, banyak pihak lain turut terjejas ekoran penganjuran demonstrasi jalanan itu antaranya pemandu teksi yang sukar mendapatkan penumpang kerana kesesakan lalu lintas.

"Apabila ada yang berhimpun di hadapan rumahnya, tahu pula dia (Ambiga) erti privasi setelah berlakunya pencerobohan privasi terhadap keluarga dan jiran-jirannya.

"Ketika penganjuran Bersih 1.0 hingga Bersih 3.0 pernah dia terfikir mengenai perasaan semua pihak yang terlibat pada ketika itu termasuklah polis," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment