My Add

Saturday 26 May 2012

Biasiswa YPPB ditambah 20 hingga 30 peratus

PUTRAJAYA, SABTU, 26 Mei, 2012: Jumlah tawaran biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan ditambah antara 20 dan 30 peratus pada tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pada tahun ini sahaja biasiswa bernilai RM158 juta ditawarkan kepada 225 orang pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa berikhtiar untuk membantu semua golongan termasuk pelajar-pelajar yang hidup dalam keadaan yang mencabar.

"Ini amat berlainan dengan parti-parti pembangkang yang hanya membantah dan mengkritik,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan aktiviti berbasikal beramai-ramai sempena sambutan Himpunan Jutaan Belia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment