My Add

Wednesday 9 May 2012

BNM diminta beri perhatian serius

KUALA LUMPUR, SELASA, 08 Mei, 2012: Bank Negara Malaysia (BNM) didesak memberi perhatian serius terhadap bank-bank yang gagal mematuhi perjanjian melindungi hak peribadi dan keselamatan pelanggannya.

Profesor di Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Amir Baharuddin berkata, langkah itu penting kerana penyelewengan maklumat yang dilakukan bank-bank terbabit akan menyebabkan hak asasi rakyat terancam.

Kata beliau, BNM seharusnya menjadi sebuah badan penguatkuasaan yang aktif memantau serta tegas dalam memastikan bank-bank seluruh negara mematuhi Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

"Namun demikian, isu kebocoran maklumat peribadi telah mengancam hak individu. Ini kerana maklumat yang bocor itu boleh dimanipulasikan oleh pihak berkepentingan untuk menjatuhkan pemilik maklumat berkenaan." katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment